Sunday, July 20, 2014

Harta vs Cinta

Harta --- Dapat di dunia, kekal di dunia.
Cinta --- Dapat di dunia, boleh bawa sampai ke Syurga :)

Guwa paling tak suka manusia yang pentingkan harta sampai lupa keluarga, lupa orang sekeliling. Guwa akui memang zaman sekarang duit tu penting untuk hidup. Tapi jangan sebab sibuk nak cari duit sampai abaikan mak bapak, abaikan orang yang sayangkan kita, ambil berat pasal kita. 

Guwa ada sorang kawan. Dia ni jenis yang kalau dia nak apa-apa dia akan usaha sampai dapat. Satu hari ni dia ajak guwa lepak. Kitorang minum minum. Tetiba dia introduce sorang brader ni kat guwa. Takkk bukan nak jodohkan guwa ke hape, tapi nak guwa join diorang punya bisnes. Guwa ni kalau bab bisnes guwa lemah sikit. Guwa tak minat buat bisnes apa bala semua ni. Tapi disebabkan nak jaga air muka kawan guwa ni, terpaksa lah guwa tadah telinga and senyum pelese masa diorang cerita pasal diorang punya bisnes tu. Nak dipendekkan cerita, esok tu guwa terus cakap kat kawan guwa yang guwa taknak join dia punya bisnes pasal guwa tak minat. Hubungan kitorang pun takde lah sampai putus sebab benda ni. Kitorang macam biasa, lepak makan apa semua. Then satu hari dia bagitahu guwa dia nak berhenti kerja pasal dia nak buat bisnes tu full time. Selama ni dia buat part time je. Guwa sebagai kawan taknak lah decision yang dia buat ni nanti makan diri dia, guwa taknak lah nanti dia menyesal. So guwa slow talk dengan dia. Guwa tanya "Parents kau tak cakap pape ke pasal kau nak berhenti keje ni?" *guwa punya lah susun ayat yang paling tak sentap and dengan nada paling lembut
Lambat lambat dia jawab, "Diorang pun macam kau lah, diorang tanya aku dah fikir masak-masak ke? Mak aku cakap kalau berhenti keje nanti anak bini nak bagi makan apa?" *dia ketawa. Tapi dari nada dia guwa tahu keraguan dia ada, walaupun tak banyak, tapi ada.
Guwa cuba kendurkan situasi yang guwa rasa akan tegang. Guwa ketawa sambil cuba pujuk hati dia, "Alaa biasa lah bro, mak kau risaukan kau tu."
Few days lepas tu dia pun berhenti keje. And dia sekarang dah busy dengan dia punya bisnes. Asek turun KL je guwa dengar. Tapi guwa tengok macam tu jugak lah dia. Takde apa pun yang bertambah. Poket? Sama je macam dulu. Makin berkurang ada lah; masa.

Guwa pun nak jugak kaya. Tapi bila guwa fikir-fikir balik, apa guna kaya kalau takde cinta? Bila guwa mengeluh pasal hidup guwa biasa-biasa, guwa tengok orang lain yang lagi susah dari guwa bersepah tepi jalan, guwa mula sedar apa yang guwa ada dah cukup. Harta? Alhamdulillah walaupun guwa tak kaya, makan pakai guwa cukup. Alhamdulillah walaupun hidup guwa biasa-biasa, guwa bahagia. Guwa ada keluarga, guwa ada orang yang ambil berat pasal guwa, guwa ada masa untuk guwa luangkan dengan orang-orang yang guwa sayang. Dan walaupun guwa tak kaya, tapi guwa ada cinta :')

Duit boleh beli kesihatan? Duit boleh beli umur yang panjang? Harta boleh beli masa? Harta boleh beli cinta? Harta boleh bagi bahagia? Tak boleh. Tapi cinta boleh buatkan orang sakit jadi sihat, orang lemah jadi kuat. Dan cinta boleh beri bahagia.

Friday, July 11, 2014

TIADA HATI YANG KEKAL SAMA


Aku harap manusia tak pernah berubah.
Perasaan takkan berkurang, tapi bertambah.
Aku harap hati manusia takkan beralih arah.
Dengan cara tu hidup pasti lebih mudah.
Tak susah.
Tak payah.
Hakikatnya tiada apa yang kekal sama
seperti mula.
Semua benda berubah.
Siang bertukar malam.
Cerah menjadi kelam.
Aku harap manusia cuma ada satu jiwa.
Setia pada satu rasa.
Rasa cinta.
Untuk cuma seorang manusia.
Dan rasa itu kekal sampai akhir usia.
Sampai habis nyawa.
Dengan cara itu, semua akan bahagia.
Tiada air mata.
Yang ada cuma bahagia.
Tapi hakikatnya
inilah realiti dunia.
Semua manusia berubah.
Tiada hati yang kekal sama.



Thursday, July 10, 2014

Dia :)

Tentang dia yang aku mahu, cuma satu.
Dia.
Tentang dia yang aku rindu, cuma satu.
Dia.
Dari dia yang aku perlu, cuma satu.
Dia.
Yang membuat aku bahagia selalu, cuma satu.
Dia.
Yang bahagiakan aku selalu, cuma satu.
Dia.
Yang selalu aku tunggu, cuma satu.
Dia.
Yang membuat aku tersenyum selalu, cuma satu.
Dia.

Ex-boyfriend's Girlfriend.

Jangan cemburu bila aku dia rindu.
Kerana dia cuma masa lalu.
Jangan cemburu bila aku dia cari.
Kerana dia tidak lagi aku rindui.
Tempat di hati sudah terganti.
Buang semua insecurity.
Kau boleh simpan dia sampai mati.

Aku dan dia pernah bahagia.
Aku dan dia punya kenangan bersama.
Tapi untuk rampas dia semula,
Itu bukan aku punya cara.

Pisah aku dan dia aku redha.
Kerana jodoh tak lama.
Dan dia pada aku bukan lagi istimewa.
Dia manusia biasa. 
Dia cerita lama.



Monday, July 7, 2014

Ada Satu Rasa

Ada satu saat, satu detik, satu masa dari seluruh hidup,
Kau akan rasa sendiri. Sunyi. Sepi.
Bukan sebab tiada orang di sekeliling.
Tapi sebab terlalu ramai. Sesak.  
Dan dalam ramai tu kau macam asing.
Dalam sesak, kau jadi koyak. Rabak.
Dalam sejuta ramai manusia, satu pun kau tak mampu bagi percaya.
Sebab kau takut teraniaya.
Dalam sejuta manusia yg ada, kau tak merasa cinta mereka.
Cinta mereka untuk kau tiada. Langsung tiada.

Kau ada satu rasa.
Rasa ingin percaya,
Tapi takut diperdaya.
Rasa cinta,
Tapi takut disia-sia.
Jadi..
Kau pilih hidup seorang.
Sebab itu jaminan perasaan kau takkan dtendang.
Kau pilih untuk jaga hati kau sendiri,
Kerana dengan cara itu kau takkan terkhianati.
Percaya kini tak mudah kau beri.
Kerana kau bimbang kau sekali lagi disakiti.

Kau merasa kau ada nyawa,
Tapi hakikatnya nyawa kau hanya tinggal sisa,
Cuma tunggu masa.


Friday, July 4, 2014

3 Julai 2014 yang kejam. Heh.

Hari ni semua lagu, semua cerita, semua benda macam tusuk tusuk hati, buat guwa ingat duapuluhdua tahun yg dah guwa lalui. Semua benda ter-play balik dalam kepala otak ni. Cerita sedih, bahagia, sakit, kecewa, gembira, ketawa, semuaaaa. Dari pagi sampai sekarang, pukul 3.39 pagi, mata macam ter-over-fungsi. Sepatutnya bulan puasa, mata pun kena puasa air mata. Tapi ni tak. Guwa sebenarnya dah lupa cara nak nangis-nangis, drama air mata. Tapi tak tahu sebab apa nangis. Just rasa nak nangis, lepas tu rasa berkolam mata (cewah) lepas tu tri. Three :P

Sebenarnya kaum perempuan ni ada satu perangai pelik. Akan ada satu hari kitorang tetiba rasa sebak, sayu, sedih and segala macam perasaan bullshit, then tetiba ter-nangis. I repeat, TER-nangis. Apa kau orang ingat kitorang sengaja nak nangis-nangis, berhingus, comot comot, bengkak bengkak mata? choiyyy! Nangis nangis, fe-feeling tengok citer Titanic part yg lepas kapal karam tu, tak pun feeling rabak masa tengok khabi Khushi Khabi Gham tu sangat tak best tahuuuu?! So, bila kitorang tetiba meroyan macam kematian meow kesayangan, ketahuilah bahawa kitorang tak berlakon. Seriously masa tu kitorang memang rabak bebetul, cuma tak tahu sebab apa. So kalau korang taknak kitorang bertambah meroyan sebab kematian boyfriend, so better jangan tanya “kenapa ni sayang?” walaupun dengan nada romantik plus riak muka bajet Tajul Razin dalam cter Kerana Terpaksa Aku Relakan.


Wednesday, July 2, 2014

Mr. F

Aku mula menyukai apa yg dulunya aku tak suka.
Pernah dengar cerita cinta dan secawan kopi masin?
Mungkin seperti itu keadaan aku sekarang.
:)

F pernah cakap,
"Orang yg kerap jatuh cinta sebenarnya tak kenal erti cinta."

"Saya tak setuju."

Kita ni manusia, hati kita berubah-ubah. Hati kita berbolak balik. Dan rasa suka tu fitrah manusia.
Suka melihat yg indah-indah.
Kagum melihat manusia yg indah sikapnya.

"Sepertimana saya kagum dengan betapa indahnya sikap awak."




Friday, December 27, 2013

Dun Worry, Be Happy! :D

Cinta bukan takdir aku. Belum lagi. Bercinta lah sepuluh kali ke, seratus kali ke, kalau belum tiba masanya and belum bertemu yang namanya jodoh, tetap akan berpisah. Sebab orang yg salah. Masa tak kena. Tapi Alhamdulillah semua tu mengajarkan aku erti tabah. Tabah menghadapi saat berpisah. Tabah melihat orang yang aku sayang berlalu pergi. Kami bukan tidak berusaha, tapi takdir Dia yang paling berkuasa. Macam orang cakap, biar seluruh alam menghalang, kalau itu takdir yang Dia tetapkan, maka ia akan tetap terjadi. Tapi kalau seluruh isi alam menyokong dan menolong, tapi hal itu tiada dalam perancangan Dia, maka ia takkan terjadi. Jadi kenapa perlu bersedih hadapi perpisahan? Kan Allah dah janji, setiap yang Dia ambil kembali itu pasti terganti. Dan gantian itu pasti lebih baik :D

Wednesday, June 5, 2013

Semua Tentang Dia Itu Sayang

Pada aku, marah itu sayang..
Cemburu itu sayang..
Manja itu sayang..
Mengada-ngada itu sayang..
Garang itu sayang..
Senyum itu sayang..
Renung itu sayang..
Diam itu sayang..
Pandang itu sayang..
Usik itu sayang..
Menangis itu sayang..
Memaafkan itu sayang..
Ambil berat itu sayang..
Segala apa tentang dia itu sayang..

Sayang.. :')

Tuesday, May 28, 2013

Jangan Jemu Bertahan

Sayang..
seberat apa pun ujian,
sebesar mana pun dugaan,
jangan jemu bertahan
kerana aku tak pernah menipu tentang perasaan..
Sayang ini kenyataan, bukan mainan..
Cinta ini mungkin tak secantik rembulan,
tak sedalam lautan,
tak menyegarkan seperti embunan,
tak meneduhkan seperti awanan..
Memang, cinta ini tak selalu mendamaikan,
kadang menghancurkan bagai taufan,
tapi jangan jemu bertahan..
jangan jadikan ia serapuh daun yg berguguran..
kerana perasaan ini banyaknya seperti titisan hujan,
seperti bintang yg bertaburan..
SAYA SAYANG AWAK!

Wednesday, January 2, 2013

Warkah SS ; Dear Awak :)


Wahai bakal imamku,
a.k.a
Dear my future hubby,

Kalau berpurdah yg awak cari, itu bukan saya.
Saya masih mengejar solehah.
Yg sempurna itu bukan saya.
Yg mengada-ngada, itu saya.
Suka perli, buli, bebel, haa itu saya.
Biru bukan warna saya.
Saya tak secantik mawar merah.
Tak sesuci mawar putih.
Tak seayu mawar merah jambu.
Saya bunga matahari.
Berduri *special edition
Hati-hati :P

Awak,

Saya masak, awak makan.
*tak sedap pun kena telan :P
Saya cuci baju, awak jemurkan.
*erm sebab kalau saya yg jemurkan, nanti org usha2 wifey awak yg ‘tak cantik, tapi manis ada’ ni macam mana? Nak? ^_^
Saya tidur, awak dodoikan. Awak tidur, awak jugak yg dodoikan.
Awak tengok bola, saya temankan.
*alahaii sweetnya saya. Ehems ;)
Awak sedih, saya tolong nangis.
Awak happy, kita sesama senyum nampak gigi.
*Tehee :D

Hencek hubby,

Saya tak mampu jadi awan yg meneduhkan
bila terik matahari memanah perasaan.
Saya tak mampu jadi pohon yg memayungi
bila hujan mula mencurah bumi.
Tapi saya janji,
saya akan jadi pasir di tepi pantai,
biar dipukul ombak, saya takkan berganjak.

Saya akan jadi bahu, sandaran bila awak putus harapan.
Saya akan jadi telinga yg akan selalu dengar keluh kesah awak.
Kita akan selalu berkongsi.
Saya mungkin tak seperti yg awak impi.
Kita mungkin tak serasi.
Tapi cinta awak melengkapkan hati.
Menyempurnakan diri.

Saya tak perlu ‘I love you’ setiap saat,
Saya cuma nak ‘sayang, jom solat?’

^_________^

# Awak imam, saya makmum.

Monday, December 31, 2012

Cerita Satu


Rindu lesu.
Sayang jemu.
Hati kematu.
Segala berlalu,
Tapi aku masih di situ.
Di sudut dingin yg membeku.
Di bangku keras membatu.
Di lantai serapuh bayu.
Tersenyum palsu.


:: Ini bukan cerita si cantik Cinderella menunggu putera raja menyarungkan sepatu. 

Ini cerita si gadis bertudung ungu,
Duduk di bangku,
Menunggu Taecyeon duduk di sebelahku
Menunggu lafaz yg satu;
“Sudikah kau menjadi yg halal buatku?”
Kaku.
Kelip mata kali keseribu.
Telan liur, laju.
‘Yes, I do.’


# Aku hargai pengalaman itu. Terima kasih :)

Sunday, December 9, 2012

SOMETHING HAPPENED TO MY HEART


Even I tell it not to go
Even I tell it to stop
My heart keeps going towards you
It doesn't wear out,
It doesn't decrease
Why is my love like this?

One by one,
I count and count the memories
My heart can't rest for even a moment
 It'll just become baggage that becomes hard to control
Why can't I even throw them away?

Really, my heart must have done something somehow
It must have become a fool that's blind from love
Just one place, everyday one place
Looking at the sad light that is you

Even the tear glands must be broken
My tears won't stop
I love only you, only you
Can't you just tell me?

Even if I hold out my hands, no matter how much I call
You're always afar from me
It'll be a love that becomes painful scars
Why can't I erase it?

 I try to comfort myself with the lie
That I'm happy if you smile
Because the place you're going towards is not me
The lonely tears flow

Really, my heart must have done something somehow
I must have gone crazy over this hard love
Can't have you
Can't forget you
 Waiting for you day by day

I must have gotten ill from missing you so much
From loving you too much
Just one thing
Your heart, that one thing
Can't you just share it with me?
Can't you love me?

Friday, December 7, 2012

Empat Penyempurna Cinta ❤


Berparut, gara-gara merempit :P

Satu satu..
Sayang mummy dan abah.

Dua dua..
Sayang kakak dan abang.

Tiga tiga..
Sayang adik dan baby.

Empat empat..
Sayang..err sayang...err
Sayang semuanya ;)

Kelopak satu, membahagiakan.

Kelopak dua, mempedulikan.

Kelopak tiga, menyempurnakan.

Kelompak empat, masih dalam anganan.

Kelopak empat,
Aku harap kau mampu memberi bimbingan.
Mampu menguatkan.
Mampu merealisasikan mahligai impian.
Mampu memimpin tangan, menuju Syurga Tuhan.

Tolong Aku Cairkan Waktu.


Musim berubah. 
Manusia berubah.
Perasaan berubah.
Segala berubah. 
Seiring masa.
Jarum jam berputar.
Buat harapan jadi pudar.



Ini bukan cerita aku. 
Aku masih aku.
Masih yg dulu.
Cuma waktu membeku.

Thursday, December 6, 2012

Kenangan Mengetuk Pintu Hati

Gelora datang melanda
Rasa resah dalam dada
Bagaikan tertusuk sembilu 


Tengah-tengah malam cenggini layan lagu-lagu cenggini memang fuhhhh meleleh ah! Okay, tipu. Hati wa sulah lama kelas meyh. Nangis-nangis wa sulah talak tau. Lu kasi ajar wa laa ^_^

Awak-awak, layan lagu sedih tak bermakna tengah bersedih, frust menonggeng, kecewa tertonggeng. And sama jugak bila dengar lagu yg tak sedih. Tak bermakna tak sedih. Erk? Dah terbelit lidah kan? Rasa macam nak cekik-cekik je anak pacek Mansor ni kan? Terbelit lidah takpe, jangan terjerat hati. Jerat percintaan ; Aku telah jadi lupa siapa diriku ini ~ Terjerat + tak sedar diri = bahaya :P

Semua orang ada kenangan. Pahit. Manis. Tawar. Tak kira serasa apa pun kenangan tu, masin ke masam ke, effect dekat hati sama je. Kenangan pahit = air mata. Kenangan manis = air mata. Kenangan tawar = air mata. See, itu la guna air mata. Untuk ekspresikan perasaan yg tak terluah dgn kata-kata. ‘Aku rindu kau yg dulu.’ ‘Aku rindu kita yg selalu.’ ‘Aku rindu kenangan dulu.’ 5 patah kata belum cukup untuk meluah rasa. *Kenapa lelaki susah sangat nak menangis? Takde perasaan ke hapeee? Control macho tak habis-habis padahal tak macho mana pun. ‘Hancho’ ada lah. Opps ^_^

"Sometimes it's not the person you miss, but the feelings and moments you had when you were with them."

Kadang-kadang rindu yg datang bukan demi orang yg dah pergi. Tapi sebab kenangan yg pernah terisi. Kenangan yg masih bersisa. Yang bila kita mengingatinya, kita kecewa, tapi bahagia. Kita menangis dalam tawa. Ya, menangis. Bukan bererti kita lemah, tapi cuba mencari tabah. Jangan paksakan kenangan pergi. Hargai bila ia kembali. Kerana suatu saat, bila kita menoleh, ia sudah tiada lagi. Saat itu mungkin kita akan tercari-cari. Menyesal kerana tak menghargai saat ia berhenti memerhati. Hargai.

Jangan buang kenangan. Usaha akan jadi sia-sia. Buang masa. 

Jangan menghukum kenangan. Itu semua takdir Tuhan. Berhenti menyalahkan kenangan, kerana ia buat kita tetap bertahan. Terima kasih pada air mata yg sudah tertumpah, kerana dari situ kita belajar bangun dari rebah. Bersyukur atas semua yg dah berlalu, kerana ia memberi kita peluang untuk buka buku baru. Alhamdulillah :’)

p.s ; Kenangan manis buat kita tersenyum dalam tangis. Kenangan pahit buat kita kuat, biarpun luka masih berjahit :)

Tuesday, December 4, 2012

Aku manusia biasa, bukan makhluk dari Syurga. Aku tak sempurna.


'Nak berubah.'

Cakap dah empat puluh ribu kali. Buatnya boleh bilang dengan jari. Usaha 99.9% kurang. Cakap temberang -.- 

‘Nak buat macam mana, godaan syaitoooonn nirrojim kuat.’

Heh? Alasan! Nak seribu daya, taknak berpuluh jutalahh dalihnya. *sigh

Abang Lan selalu perli-perli cakap aku suka bebel, macam ustazah *bangga kejap. Ehems. Yelaa, tahuu. Gelaran ustazah tu mana boleh dibuat main. Tapi..kan kata-kata kita ni ibarat doa. Sekali cakap, macam sekali berdoa. Dua kali cakap, macam dua kali berdoa.  Banyak kali cakap, banyak lah doanya. Err kann? :D semoga dipermudahkan jalan aku untuk jadi orang baik. Lebih baik. Lebih lebih lebih baik. Aamiinn.

Orang baik tu..macam mana eh? Tolong pakcik lintas jalan, macam dalam iklan tu? Ke tolong tumpangkan makcik yg tengah tunggu bas yg tak datang-datang, sebab nak tackle anak dara dia yg ‘cantik trang tang tang’? :P orang yg baik...banyak sangat kalau nak disenaraikan. So, dipendekkan, orang baik ni orang yg ada agama. Hah? Heh? Hoh? Huh? Tak faham? Macam niii ~~ *dah mula bajet ustazah ~~~

Orang baik = beragama = tak tinggal solat

Eyhh apa kaitan orang baik dengan solat pulak nii? Yela, orang baik mestilah solat kan? Orang yg solat tak semestinya baik. Tapi orang yg baik, mesti solat. (tiru ayat ‘ustaz muka macam hero korea’) Maksudnya, dalam 10 orang yg solat, belum tentu 10 orang tu orang yg baik. Tapi, orang yg baik, dah tentu-tentu ada dalam kalangan yg 10 tadi tu. Eyh berbelit  :O *hentah hape hapeee lah haku merepek >.<

Skip ~~~

Skip ~~~

Skip ~~~

Skip ~~~

Skip ~~~

Berbalik pada gosip asal. Eyh, cerita asal.

Eyh kejap.

Kenapa lelaki yg baik untuk perempuan yg baik, dan sebaliknya? Kenapa tak lelaki yg baik, untuk perempuan yg baik dan kurang baik, so that lelaki baik tadi boleh ‘membaikkan’ perempuan kurang baik? Ohh yeah yeahhh, soalan ke empat ratus kali *sila baca dengan slang omputih. OM-PU-TIH

Okay, berbalik balik ke balik balikan ~ *baling kanggg :@ Serious. Ehm.

Kenapa nak berubah ni susah? Tak semudah cakap.

Hati bisik ‘aku sayang dia’.

Otak kata ‘tell him’.

Mulut dengan mudahnya cakap ‘Err errr hh..haa..aaii. Aa..aaw..wak  sss..sse..ee..hh..haa..hhat?’ * 5 suku kata menkidnap 5 minit.

Ye, ‘mudah’ kan? kenapa nak berubah tak se’mudah’ tu? Kenapa perlu empat puluh lima ribu kali ganda lebih ‘mudah’? Ahh tak faham sudah. Kawen dengan bedah. Dating tepi sawah. Hari-hari bergaduh macam nak roboh rumah. Menangis tak sudah-sudah. Ingat hakuu kesah? Hehh.

Second trial. Be serious, budak comel. Be serious. *sila lempang saya. Utk yg bukan muhrim, sila pakai hand glove

Aku clash dah setahun. Eyh setahun lebih kut. Bila clash pun dah tak ingat. See, betapa dah move on nya aku. *hebakk mung (bak kata UAI hengsem) Lepas clash, bila keluar dating. Eyh, keluar shopping dengan family, bila tengok couple-couple kat shopping mall, aku jadi menyampah. Chop chopp! Bukan menyampah sebab jealous takde boyfriend. Helloooo? Aku nak jealoussss? Heh? Mimpi taecyeon masuk minang ke hape? Awwhh taec. Saranghae oppaa! Wakakakakakaak :P gostan balik ~~ bukan sebab jealous, tapi sebab pengcouple-pengcouple tadi tu sangat kurang moral. Eyh bukan kurang. Dah sampai tahap ketiadaan moral dah tu. Ada ke patut naik moto dengan boyfriend, lepas tu~~~~~~~~ dah laa pakai ~~spongebob *sensored

Pelik kan bila awek cantik, cun, muka manis pakai tudung, tapi baju lengan pendek. Yg lagi pelik, pakai legging -________- dah kalau nak pakai sangat legging, sebab kalau tak pakai boleh kena gastric, haa pakai la legging ke leggang ke leggong. Pakai! Tapi jangan pakai tudung. Takyah pakai tudung. Merosakkan nama gadis-gadis bertudung je *pheww

“Bertimbang rasa laa. Awak pakai legging sebab kalau tak pakai, nanti kena gastric kann. Tapi kalau awak pakai legging, lepas tu pakai tudung, takut ustaz-ustaz muda + bujang + hensem terkejut, kena heart attack, saya jugak yg rugi. Tak sempat mengorat. Tak kesian ke?” :(

Bukannya mengutuk,  mengata je. JE. Bila tengok orang zaman skrg, teringat aku dulu-dulu. Takde la nak cakap skrg ni aku dah berubah, dah jadi baik. Takkk. Aku dulu pun macam tu jugak. Pakai tudung, nampak ‘ekor’ kat belakang. Padahal rambut bukan rebonding pun, keras macam dawai. Dah tu pakai baju lengan pendek. Padahal lengan berparut penuh. Hahaha T__T bila tengok orang lain, teringatkan diri sendiri. Terasa bodoh je. Eyh bukan. Memang bodoh. And now, dah sedar kebodohan tu, teringin jugak nak jadi pandai. Kalau dulu main belasah je pakai short pant (paras bawah lutut), baju lengan pendek, rambut ekor kuda, keluar jemur kain buat bodoh je >___< so skrg, nak jadi pandai sikit, nak keluar jemur kain, pakai cardigan sebab t shirt lengan pendek. Pakai tudung. Alaa takyah nak mekap-mekap. Nak jemur kain jeeee punnnnnn :P

Soalan terakhir. Ulangan. Kenapa lelaki baik utk perempuan yg baik? Saya tak tak berapa baik ni, sape nak bimbing? Hurm :(

“Apabila seseorang menasihati kita, jangan kita pandang siapakah dia tapi pandanglah pada apa nasihat yang cuba di sampaikan.”

‘Saya bukan perempuan yg auratnya ditutup sempurna. Bukan ustazah. Bukan yg pakai jubah. Saya belum cukup amal ibadah. Saya cuma seorang perempuan yg ingin berubah. Yg berharap suatu hari nanti, akan berpurdah. InsyaAllah.’ :’)

Saturday, June 30, 2012

1/24jam

1 jam dari 24 jam. Terlalu singkat untuk mencipta sayang. Apalagi cinta. Tapi..rasa yg ada dalam hati ni dah lebih dari suka. Mungkin. Dah lebih, ya. Tapi terlalu awal untuk labelkan penghasilannya sebagai rasa bahagia. Tapi..aku bahagia. Ya, bahagia :) 
p/s : satu jam mampu membuatkan baki 23 jam sebelum dan selepas jadi sempurna. Indah. Pelik. Hoh :O

Friday, June 15, 2012

Ya Allah, aku sayang dia. Sangat-sangat :'))

Sayang makin kuat. 
Rindu makin tebal. 
Hati makin rapuh.
Jiwa jadi nipis, 
macam tisu. 

P/s ; Itu hati meyh, kena kasi kuat sikit. Kena kasi keras, tak boleh lembik. Kuat. Kena kuat. Harus!
InsyaAllah.

Tuesday, June 12, 2012

Kita kawan :)

Status 'kawan' yg dia letakkan, aku cuba tunaikan. Sebab orang kata, setiap sesuatu tu layak mendapat peluang kedua. Tapi dia tak pernah beri aku peluang tu. Sekali pun tak. Mungkin itu yg membuatkan aku kuat utk berlalu pergi sebagai pemuja sepi, dan kembali sebagai kawan sejati. Mungkin :)
Setiap seseorang yg hadir dalam hidup aku, membawa makna tersendiri. Mereka mampu menguatkan, tapi dalam masa yg sama, meruntuhkan kekuatan. Tapi itu bukan alasan utk berasa sesal atas setiap kehadiran. Setiap air mata yg terbuang, aku bina tasik kecil yg aku panggil kesabaran. Dari kecurangan aku kenal erti setia. Dari kesakitan, hati ni jadi makin kuat. Alhamdulillah :')