Jangan cemburu bila aku dia rindu.
Kerana dia cuma masa lalu.
Jangan cemburu bila aku dia cari.
Kerana dia tidak lagi aku rindui.
Tempat di hati sudah terganti.
Buang semua insecurity.
Kau boleh simpan dia sampai mati.
Aku dan dia pernah bahagia.
Aku dan dia punya kenangan bersama.
Tapi untuk rampas dia semula,
Itu bukan aku punya cara.
Pisah aku dan dia aku redha.
Kerana jodoh tak lama.
Dan dia pada aku bukan lagi istimewa.
Dia manusia biasa.
Dia cerita lama.
