Friday, July 4, 2014

3 Julai 2014 yang kejam. Heh.

Hari ni semua lagu, semua cerita, semua benda macam tusuk tusuk hati, buat guwa ingat duapuluhdua tahun yg dah guwa lalui. Semua benda ter-play balik dalam kepala otak ni. Cerita sedih, bahagia, sakit, kecewa, gembira, ketawa, semuaaaa. Dari pagi sampai sekarang, pukul 3.39 pagi, mata macam ter-over-fungsi. Sepatutnya bulan puasa, mata pun kena puasa air mata. Tapi ni tak. Guwa sebenarnya dah lupa cara nak nangis-nangis, drama air mata. Tapi tak tahu sebab apa nangis. Just rasa nak nangis, lepas tu rasa berkolam mata (cewah) lepas tu tri. Three :P

Sebenarnya kaum perempuan ni ada satu perangai pelik. Akan ada satu hari kitorang tetiba rasa sebak, sayu, sedih and segala macam perasaan bullshit, then tetiba ter-nangis. I repeat, TER-nangis. Apa kau orang ingat kitorang sengaja nak nangis-nangis, berhingus, comot comot, bengkak bengkak mata? choiyyy! Nangis nangis, fe-feeling tengok citer Titanic part yg lepas kapal karam tu, tak pun feeling rabak masa tengok khabi Khushi Khabi Gham tu sangat tak best tahuuuu?! So, bila kitorang tetiba meroyan macam kematian meow kesayangan, ketahuilah bahawa kitorang tak berlakon. Seriously masa tu kitorang memang rabak bebetul, cuma tak tahu sebab apa. So kalau korang taknak kitorang bertambah meroyan sebab kematian boyfriend, so better jangan tanya “kenapa ni sayang?” walaupun dengan nada romantik plus riak muka bajet Tajul Razin dalam cter Kerana Terpaksa Aku Relakan.