Sunday, July 20, 2014

Harta vs Cinta

Harta --- Dapat di dunia, kekal di dunia.
Cinta --- Dapat di dunia, boleh bawa sampai ke Syurga :)

Guwa paling tak suka manusia yang pentingkan harta sampai lupa keluarga, lupa orang sekeliling. Guwa akui memang zaman sekarang duit tu penting untuk hidup. Tapi jangan sebab sibuk nak cari duit sampai abaikan mak bapak, abaikan orang yang sayangkan kita, ambil berat pasal kita. 

Guwa ada sorang kawan. Dia ni jenis yang kalau dia nak apa-apa dia akan usaha sampai dapat. Satu hari ni dia ajak guwa lepak. Kitorang minum minum. Tetiba dia introduce sorang brader ni kat guwa. Takkk bukan nak jodohkan guwa ke hape, tapi nak guwa join diorang punya bisnes. Guwa ni kalau bab bisnes guwa lemah sikit. Guwa tak minat buat bisnes apa bala semua ni. Tapi disebabkan nak jaga air muka kawan guwa ni, terpaksa lah guwa tadah telinga and senyum pelese masa diorang cerita pasal diorang punya bisnes tu. Nak dipendekkan cerita, esok tu guwa terus cakap kat kawan guwa yang guwa taknak join dia punya bisnes pasal guwa tak minat. Hubungan kitorang pun takde lah sampai putus sebab benda ni. Kitorang macam biasa, lepak makan apa semua. Then satu hari dia bagitahu guwa dia nak berhenti kerja pasal dia nak buat bisnes tu full time. Selama ni dia buat part time je. Guwa sebagai kawan taknak lah decision yang dia buat ni nanti makan diri dia, guwa taknak lah nanti dia menyesal. So guwa slow talk dengan dia. Guwa tanya "Parents kau tak cakap pape ke pasal kau nak berhenti keje ni?" *guwa punya lah susun ayat yang paling tak sentap and dengan nada paling lembut
Lambat lambat dia jawab, "Diorang pun macam kau lah, diorang tanya aku dah fikir masak-masak ke? Mak aku cakap kalau berhenti keje nanti anak bini nak bagi makan apa?" *dia ketawa. Tapi dari nada dia guwa tahu keraguan dia ada, walaupun tak banyak, tapi ada.
Guwa cuba kendurkan situasi yang guwa rasa akan tegang. Guwa ketawa sambil cuba pujuk hati dia, "Alaa biasa lah bro, mak kau risaukan kau tu."
Few days lepas tu dia pun berhenti keje. And dia sekarang dah busy dengan dia punya bisnes. Asek turun KL je guwa dengar. Tapi guwa tengok macam tu jugak lah dia. Takde apa pun yang bertambah. Poket? Sama je macam dulu. Makin berkurang ada lah; masa.

Guwa pun nak jugak kaya. Tapi bila guwa fikir-fikir balik, apa guna kaya kalau takde cinta? Bila guwa mengeluh pasal hidup guwa biasa-biasa, guwa tengok orang lain yang lagi susah dari guwa bersepah tepi jalan, guwa mula sedar apa yang guwa ada dah cukup. Harta? Alhamdulillah walaupun guwa tak kaya, makan pakai guwa cukup. Alhamdulillah walaupun hidup guwa biasa-biasa, guwa bahagia. Guwa ada keluarga, guwa ada orang yang ambil berat pasal guwa, guwa ada masa untuk guwa luangkan dengan orang-orang yang guwa sayang. Dan walaupun guwa tak kaya, tapi guwa ada cinta :')

Duit boleh beli kesihatan? Duit boleh beli umur yang panjang? Harta boleh beli masa? Harta boleh beli cinta? Harta boleh bagi bahagia? Tak boleh. Tapi cinta boleh buatkan orang sakit jadi sihat, orang lemah jadi kuat. Dan cinta boleh beri bahagia.

Friday, July 11, 2014

TIADA HATI YANG KEKAL SAMA


Aku harap manusia tak pernah berubah.
Perasaan takkan berkurang, tapi bertambah.
Aku harap hati manusia takkan beralih arah.
Dengan cara tu hidup pasti lebih mudah.
Tak susah.
Tak payah.
Hakikatnya tiada apa yang kekal sama
seperti mula.
Semua benda berubah.
Siang bertukar malam.
Cerah menjadi kelam.
Aku harap manusia cuma ada satu jiwa.
Setia pada satu rasa.
Rasa cinta.
Untuk cuma seorang manusia.
Dan rasa itu kekal sampai akhir usia.
Sampai habis nyawa.
Dengan cara itu, semua akan bahagia.
Tiada air mata.
Yang ada cuma bahagia.
Tapi hakikatnya
inilah realiti dunia.
Semua manusia berubah.
Tiada hati yang kekal sama.



Thursday, July 10, 2014

Dia :)

Tentang dia yang aku mahu, cuma satu.
Dia.
Tentang dia yang aku rindu, cuma satu.
Dia.
Dari dia yang aku perlu, cuma satu.
Dia.
Yang membuat aku bahagia selalu, cuma satu.
Dia.
Yang bahagiakan aku selalu, cuma satu.
Dia.
Yang selalu aku tunggu, cuma satu.
Dia.
Yang membuat aku tersenyum selalu, cuma satu.
Dia.

Ex-boyfriend's Girlfriend.

Jangan cemburu bila aku dia rindu.
Kerana dia cuma masa lalu.
Jangan cemburu bila aku dia cari.
Kerana dia tidak lagi aku rindui.
Tempat di hati sudah terganti.
Buang semua insecurity.
Kau boleh simpan dia sampai mati.

Aku dan dia pernah bahagia.
Aku dan dia punya kenangan bersama.
Tapi untuk rampas dia semula,
Itu bukan aku punya cara.

Pisah aku dan dia aku redha.
Kerana jodoh tak lama.
Dan dia pada aku bukan lagi istimewa.
Dia manusia biasa. 
Dia cerita lama.



Monday, July 7, 2014

Ada Satu Rasa

Ada satu saat, satu detik, satu masa dari seluruh hidup,
Kau akan rasa sendiri. Sunyi. Sepi.
Bukan sebab tiada orang di sekeliling.
Tapi sebab terlalu ramai. Sesak.  
Dan dalam ramai tu kau macam asing.
Dalam sesak, kau jadi koyak. Rabak.
Dalam sejuta ramai manusia, satu pun kau tak mampu bagi percaya.
Sebab kau takut teraniaya.
Dalam sejuta manusia yg ada, kau tak merasa cinta mereka.
Cinta mereka untuk kau tiada. Langsung tiada.

Kau ada satu rasa.
Rasa ingin percaya,
Tapi takut diperdaya.
Rasa cinta,
Tapi takut disia-sia.
Jadi..
Kau pilih hidup seorang.
Sebab itu jaminan perasaan kau takkan dtendang.
Kau pilih untuk jaga hati kau sendiri,
Kerana dengan cara itu kau takkan terkhianati.
Percaya kini tak mudah kau beri.
Kerana kau bimbang kau sekali lagi disakiti.

Kau merasa kau ada nyawa,
Tapi hakikatnya nyawa kau hanya tinggal sisa,
Cuma tunggu masa.