'Nak berubah.'
Cakap dah empat puluh ribu kali. Buatnya boleh bilang dengan
jari. Usaha 99.9% kurang. Cakap temberang -.-
‘Nak buat macam mana, godaan syaitoooonn nirrojim kuat.’
Heh? Alasan! Nak seribu daya, taknak berpuluh jutalahh dalihnya. *sigh
Heh? Alasan! Nak seribu daya, taknak berpuluh jutalahh dalihnya. *sigh
Abang Lan selalu perli-perli cakap aku suka bebel, macam
ustazah *bangga kejap. Ehems. Yelaa, tahuu. Gelaran ustazah tu mana boleh
dibuat main. Tapi..kan kata-kata kita ni ibarat doa. Sekali cakap, macam sekali
berdoa. Dua kali cakap, macam dua kali berdoa.
Banyak kali cakap, banyak lah doanya. Err kann? :D semoga dipermudahkan jalan
aku untuk jadi orang baik. Lebih baik. Lebih lebih lebih baik. Aamiinn.
Orang baik tu..macam mana eh? Tolong pakcik lintas jalan,
macam dalam iklan tu? Ke tolong tumpangkan makcik yg tengah tunggu bas yg tak
datang-datang, sebab nak tackle anak dara dia yg ‘cantik trang tang tang’? :P
orang yg baik...banyak sangat kalau nak disenaraikan. So, dipendekkan, orang
baik ni orang yg ada agama. Hah? Heh? Hoh? Huh? Tak faham? Macam niii ~~ *dah mula
bajet ustazah ~~~
Orang baik = beragama = tak tinggal solat
Eyhh apa kaitan orang baik dengan solat pulak nii? Yela,
orang baik mestilah solat kan? Orang yg solat tak semestinya baik. Tapi orang
yg baik, mesti solat. (tiru ayat ‘ustaz muka macam hero korea’) Maksudnya,
dalam 10 orang yg solat, belum tentu 10 orang tu orang yg baik. Tapi, orang yg
baik, dah tentu-tentu ada dalam kalangan yg 10 tadi tu. Eyh berbelit :O *hentah hape hapeee lah haku merepek
>.<
Skip ~~~
Skip ~~~
Skip ~~~
Skip ~~~
Skip ~~~
Berbalik pada gosip asal. Eyh, cerita asal.
Eyh kejap.
Kenapa lelaki yg baik untuk perempuan yg baik, dan
sebaliknya? Kenapa tak lelaki yg baik, untuk perempuan yg baik dan kurang baik,
so that lelaki baik tadi boleh ‘membaikkan’ perempuan kurang baik? Ohh yeah
yeahhh, soalan ke empat ratus kali *sila baca dengan slang omputih. OM-PU-TIH
Okay, berbalik balik ke balik balikan ~ *baling kanggg :@ Serious.
Ehm.
Kenapa nak berubah ni susah? Tak semudah cakap.
Hati bisik ‘aku sayang dia’.
Otak kata ‘tell him’.
Mulut dengan mudahnya cakap ‘Err errr hh..haa..aaii. Aa..aaw..wak
sss..sse..ee..hh..haa..hhat?’ * 5 suku
kata menkidnap 5 minit.
Ye, ‘mudah’ kan? kenapa nak berubah tak se’mudah’ tu? Kenapa
perlu empat puluh lima ribu kali ganda lebih ‘mudah’? Ahh tak faham sudah.
Kawen dengan bedah. Dating tepi sawah. Hari-hari bergaduh macam nak roboh rumah.
Menangis tak sudah-sudah. Ingat hakuu kesah? Hehh.
Second trial. Be serious, budak comel. Be serious. *sila
lempang saya. Utk yg bukan muhrim, sila pakai hand glove
Aku clash dah setahun. Eyh setahun lebih kut. Bila clash pun
dah tak ingat. See, betapa dah move on nya aku. *hebakk mung (bak kata UAI
hengsem) Lepas clash, bila keluar dating. Eyh, keluar shopping dengan family,
bila tengok couple-couple kat shopping mall, aku jadi menyampah. Chop chopp! Bukan
menyampah sebab jealous takde boyfriend. Helloooo? Aku nak jealoussss? Heh?
Mimpi taecyeon masuk minang ke hape? Awwhh taec. Saranghae oppaa! Wakakakakakaak
:P gostan balik ~~ bukan sebab jealous, tapi sebab pengcouple-pengcouple tadi
tu sangat kurang moral. Eyh bukan kurang. Dah sampai tahap ketiadaan moral dah
tu. Ada ke patut naik moto dengan boyfriend, lepas tu~~~~~~~~ dah laa pakai
~~spongebob *sensored
Pelik kan bila awek cantik, cun, muka manis pakai tudung,
tapi baju lengan pendek. Yg lagi pelik, pakai legging -________- dah kalau nak
pakai sangat legging, sebab kalau tak pakai boleh kena gastric, haa pakai la
legging ke leggang ke leggong. Pakai! Tapi jangan pakai tudung. Takyah pakai
tudung. Merosakkan nama gadis-gadis bertudung je *pheww
“Bertimbang rasa laa. Awak pakai legging sebab kalau tak
pakai, nanti kena gastric kann. Tapi kalau awak pakai legging, lepas tu pakai
tudung, takut ustaz-ustaz muda + bujang + hensem terkejut, kena heart attack,
saya jugak yg rugi. Tak sempat mengorat. Tak kesian ke?” :(
Bukannya mengutuk, mengata
je. JE. Bila tengok orang zaman skrg, teringat aku dulu-dulu. Takde la nak
cakap skrg ni aku dah berubah, dah jadi baik. Takkk. Aku dulu pun macam tu
jugak. Pakai tudung, nampak ‘ekor’ kat belakang. Padahal rambut bukan rebonding
pun, keras macam dawai. Dah tu pakai baju lengan pendek. Padahal lengan
berparut penuh. Hahaha T__T bila tengok orang lain, teringatkan diri sendiri. Terasa
bodoh je. Eyh bukan. Memang bodoh. And now, dah sedar kebodohan tu, teringin
jugak nak jadi pandai. Kalau dulu main belasah je pakai short pant (paras bawah
lutut), baju lengan pendek, rambut ekor kuda, keluar jemur kain buat bodoh je
>___< so skrg, nak jadi pandai sikit, nak keluar jemur kain, pakai
cardigan sebab t shirt lengan pendek. Pakai tudung. Alaa takyah nak mekap-mekap.
Nak jemur kain jeeee punnnnnn :P
Soalan terakhir. Ulangan. Kenapa lelaki baik utk perempuan
yg baik? Saya tak tak berapa baik ni, sape nak bimbing? Hurm :(
“Apabila seseorang menasihati kita, jangan kita pandang
siapakah dia tapi pandanglah pada apa nasihat yang cuba di sampaikan.”
‘Saya bukan perempuan yg auratnya ditutup sempurna. Bukan ustazah. Bukan yg pakai jubah. Saya belum cukup amal ibadah. Saya cuma seorang
perempuan yg ingin berubah. Yg berharap suatu hari nanti, akan berpurdah.
InsyaAllah.’ :’)
