Hari ni semua lagu, semua cerita, semua benda macam tusuk tusuk hati, buat guwa ingat duapuluhdua tahun yg dah guwa lalui. Semua benda ter-play balik
dalam kepala otak ni. Cerita sedih, bahagia, sakit, kecewa, gembira, ketawa,
semuaaaa. Dari pagi sampai sekarang, pukul 3.39 pagi, mata macam ter-over-fungsi. Sepatutnya
bulan puasa, mata pun kena puasa air mata. Tapi ni tak. Guwa sebenarnya dah
lupa cara nak nangis-nangis, drama air mata. Tapi tak tahu sebab apa nangis. Just
rasa nak nangis, lepas tu rasa berkolam mata (cewah) lepas tu tri. Three :P
Sebenarnya kaum perempuan ni ada satu perangai pelik. Akan ada
satu hari kitorang tetiba rasa sebak, sayu, sedih and segala macam perasaan
bullshit, then tetiba ter-nangis. I repeat, TER-nangis. Apa kau orang ingat
kitorang sengaja nak nangis-nangis, berhingus, comot comot, bengkak bengkak
mata? choiyyy! Nangis nangis, fe-feeling tengok citer Titanic part yg lepas
kapal karam tu, tak pun feeling rabak masa tengok khabi Khushi Khabi Gham tu
sangat tak best tahuuuu?! So, bila kitorang tetiba meroyan macam kematian meow
kesayangan, ketahuilah bahawa kitorang tak berlakon. Seriously masa tu kitorang
memang rabak bebetul, cuma tak tahu sebab apa. So kalau korang taknak kitorang
bertambah meroyan sebab kematian boyfriend, so better jangan tanya “kenapa ni
sayang?” walaupun dengan nada romantik plus riak muka bajet Tajul Razin dalam
cter Kerana Terpaksa Aku Relakan.
