Kadang-kadang nafsu dan keinginan seakan mencabar diri untuk melawan takdir. Entah mengapa manusia sering mempersoalkan setiap ketentuanNya. Mungkin sudah lumrah. Tapi bukankah lebih baek merelakan, dari membuat sesuatu yg akan melukakan hati dan perasaan? Kerana setiap yg berlaku itu sudah tertulis. Cepat atau lambat, ia tetap akan berlaku. Mahu atau tidak, kita tetap harus menghadapinya. Sepahit apa pun ujian yg DIA beri, tetap harus kita telan, tanpa bisa kita melawan. Memang, terkadang bimbang hati tak mampu bertahan. Terkadang jiwa seperti tak merelakan. Tapi, siapa kita utk mencabar takdir, dan mempersoalkan jodoh? Jodoh itu rahsia Allah :)
Sekarang memang musim patah hati aka frust eh? :b on je mukabuku, nanti mesti ada je ayat pasrah, ayat jiwang yg sedih-sedih. Aku tak cakap pun aku happy je 24/7, takde problem, bahagiaa selalu. Tapi tak payahlah nak buat ayat pasrah sangat. Tak ke itu lagi memburukkan kondisi hati? Lagi tak tahan bila tengok manusia-manusia yg baru clash buat ayat macam nii ; “aku dah hilang dia, takde guna aku hidup” bla3 *hudohnyaa pemikiran hangpa :b sampai macam tu sekali eh penangan cinta? -.- dah tu yg kena reject, bukan maen frust *sindir diri sendiri >.< ehh, belum kena reject lah! Tapi peluang agak tipis. Malas ah nak try, sebab ramai sangat pesaing. Kalau bersaing pun, belum tentu tercalon dalam Top 3 -.- kehkehkeh
~ dan aku memang penakut tuk akui cinta kepadamu. Lalala~
Kan sejak kita dilahirkan ke dunia ni, Allah dah tuliskan siapa jodoh kita. Memang lah, orang penah cakap ; “Allah takkan ubah takdir kita kalau kita sendiri tak berusaha tuk mengubahnya” Memang lah, tau tu. Tapi dalam hal yg berkaitan dengan hati, kita tak boleh nak buat pape. Err I mean, kalau pasal diri kita sendiri, then takde masalah. Buat je lah pape pun tuk ubah diri, ubah takdir. Tapi, dalam soal cinta, ia melibatkan hati dan perasaan orang laen jugak. Takkan lah kita nak pegi acu pistol dekat orang tu and cakap “awak kena sayang saya jugak, tak kira! Sebab saya sayanggggg awak” :p haha. Tak, kannnn? Kita tak boleh nak paksa orang tuk sukakan kita. Tak kiralah macam mana sayangnya kita dekat someone tu, tapi kalau dia just anggap kita sebagai salah sorang manusia yg ditakdirkan wujud dalam hidup dia, hanya sebagai kawan or kenalan, apa kita boleh buat? Not a thing. Nothing. Sebab tu bila ada orang tanya kenapa aku tak fight for him, aku akan jawab ;
Why should i? If he’s my destiny, then he will be mine, sooner or later. Im not going to hurt my heart just to get him to notice me. Never. So, till then, im just going to love him secretly. But, if he’s not the one for me, then he will never be. And i’ll always pray for his happiness, with that lucky girl.
Simple kan? Memang kalau yg penah couple sekali, tak pernah experience pasal putus-putus nii, agak susah ah nak control air mata yg mengalir laju macam air terjun tuu :b tapi, once korang dah boleh adapt dengan situation tu, insyaAllah senang je nak get over him/her. And kalau yg kena reject or hampir kena reject or belum kena reject sebab tak confess lagi, rasanya korang patut fikir masak-masak before confess. Sebab kadang-kadang, a single mistake boleh ruin everything. Sebab tu, penakut nii *aku* prefer biar masa yg decide. Or dalam bahasa mudahnya, pasrah. Well, pasrah tak bererti mengalah. Sebaliknya dengan cara kita pasrah tu, maybe dapat kurangkan risiko dari sakit hati kena reject. Laen lah kalau korang memang cantek cun comel baek sweet and ada cirri-ciri gadis idaman ;)
p.s ; kadang-kadang cinta dalam hati pun dah boleh buat kita bahagia. Betul, tak tipu :) secreto de amor? Kehkehkeh
